Buat tatapanku,
Hari ini, di halaman pertama The Borneo Post (akhbar harian Sarawak yang masih kekal, tak pernah diharamkan?) Naib Chancelor Universiti Malaysia Sarawak mengatakan bahawa para cendikiawan (macam cendawan pulak) seharusnya mencontohi pemandu teksi di Beijing untuk menguasai Bahasa Inggeris. Sedihnya kita. Nak kuasai BI pun kena tengok stail drebar teksi, amacam diorang pandai cakap punya.
Seperti isu yang aku tulis beberapa hari lalu, generasi berumur bawah 40 tahun adalah mangsa keadaan dan perubahan polisi kerajaan pada masa itu yang menyebabkan budak-budak kita belajar BM berhabis-habisan. Untuk apa, aku pun tak faham. Tapi aku punya BM boleh tahan gak lar. SPM dapat 2 beb.. Tapi itu untuk syarat dapat keja kerajaan je (dan masuk IPTA). Tapi bila aku datang keja, semua koresponden dalam BI. Bingung lar. Kena lar bip ap (beef up) dan tak boleh gip ap (give up). Teruk gak kena perli pihak atasan dalam hal penguasaan bahasa inggeris, apa boleh buat, aku dapat keje ni pun melalui SPA, bukan aku tak layak. Diorang tak leh cakap apa. Tapi bila buat surat, kertas keje dan lain2, ada-ada je boss cakap "you've got to improve your English." Dalam hatiku, boss ni nak jadi cikgu bahasa inggeris ke?
Apa yang penting kat sini? Kekadang boss tertentu cakap "don't ever discriminate any staff because of language obstacle," aku tak percaya punya. Mungkin ada udang dalam mihun tu.. Nak jaga kawan sendiri yang tak terar sangat BI dia. Yang penting, kita kuasai lah BI tu sebab ia penting untuk perhubungan glokal.
Berbalik pada isu cendikiawan (atau CENDIAKAWAN?? mana-mana lar) tadi, aku pun tak paham sangat diorang tu. Setahu aku kebanyakan bebudak yang mengajar kat IPTA ni dihantar buat Masters, PhD dan post grad yang lain ke luar negeri (pastinya bukan Indonesia atau negeri Arab). Macam mana ni? Pi dok kat US ka, UK ka, Aus ka, NZ ka, bertahun-tahun pun tak kuasai BI?? Apa yang dtiorang buat kat sana?? Yang tu aku tak setuju lar. Duit kita dah banyak dibajetkan kepada diorang, bawak family sekali ke sana, sampai bawa balik kereta mewah bila kembali ke Malaysia, tapi BI belum gak berabuk. Tak setuju. Sekarang, diorang mesti kuasai BI sendiri, tak boleh guna duit rakyat lagi. Kan gaji dah beribu-ribu lepas dapat Ms, PhD (pening lalat aku mengeja nya), bayar tuisyen BI sendiri la.. Ikut bebudak kat tuition centre di King Centre atau Batu 3 (untuk kes orang Kuching je). Kat Bangi tu banyak lagi Bi tuition centre untuk korang di luar KL. Sendiri cari lar..
Walau apa pun, syabas lah kepada Prof Datuk Abd Rashid kerana rajin nak keluarkan isu ni untuk tatapan umum. Aku ingat bahasa pengantar Unimas BI?? Dok hal tu lar aku tak layak nak tutor kat sana... sedih la
Bacalah penulisan BI.
Dari kampung di dalam hutan Borneo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment